PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui mengalami sedikit ‘trauma’ dan 'anxiety' ketika melakonkan beberapa babak dalam filem seram terbaharu, Sumpahan Jerunei.
Daiyan berkata, babak-babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety.
“Ketika saya jayakan babak-babak ekstrem dalam filem ini, saya alami banyak lebam-lebam pada badan. Banyak juga luka dan juga jangkitan pada telinga.
“Selain itu, saya turut alami serangan anxiety ketika menjayakan babak dalam selut. Begitu juga ketika jayakan babak dengan Tony Eusoff.
"Selepas selesai pun saya menangis sebab ia memang memberi kesan yang agak kuat kepada saya secara mental.
“Namun apa pun, apa yang saya lalui sangat berbaloi selepas melihat hasilnya,” katanya kepada Gempak.
Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Dalam pada itu, Daiyan turut memberikan komen terhadap penampilannya yang agak berbeza sehingga gagal untuk dikenali ketika beraksi di layar lebar.
“Proses penggambaran filem ini berlangsung sekitar empat tahun lalu, sebelum pandemik melanda dunia.
"Jadi ketika itu, saya mungkin tidak pentingkan penampilan dan kehendak karakter.
“Solekan pun saya tak kisah sangat… mungkin sebab itu saya nampak agak berbeza dalam filem ini,” katanya lagi.
Menampilkan pelakon lain seperti Uqasha Senrose, Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip dan Ruminah Sidek, Sumpahan Jerunei bakal ditayangkan pada 27 Julai depan. -Gempak
Gempak
Thu Jul 20 2023
Daiyan berkata, babak-babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety. -Gempak
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu
Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.
Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak
Bintang tersebut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Behind The Shadows.
Rajinikanth kunjungi PM, nyata hasrat masukkan perjuangan Anwar dalam filem
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth ke pejabatnya di Putrajaya.
Bakal berjauhan selama 3 bulan, Mira Filzah sediakan kelas aktiviti untuk anak
Demi menjayakan penggambaran sebuah filem lakonan terbaharunya berjudul Munajat Kekasih, pelakon Mira Filzah terpaksa berjauhan dengan anaknya, Wan Khair Amir selama 3 bulan.
Teo bidas kenyataan Wan Saiful minta Fahmi letak jawatan
Teo hari ini membidas kenyataan Wan Saiful yang mendesak Fahmi melepaskan jawatan susulan aksi biadab kumpulan The 1975 di hadapan peminat di Festival Good Vibes 2023.
'Diserang anxiety, badan lebam-lebam' - Daiyan Trisha berkorban demi Sumpahan Jerunei
Daiyan berkata, babak-babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety.
Sumpahan Jerunei: 'Saya kena ikat bawah air yang dalam' - Uqasha cabar diri lakukan aksi lagak ngeri
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.
Tiada penggambaran video lucah berlaku di Sandakan - Polis
Polis Sandakan mengesahkan tiada sebarang kegiatan penggambaran filem lucah berlaku di daerah ini seperti yang didakwa menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.
Kehadiran pelakon India Selatan realiasikan hasrat Ipoh jadi pusat perusahaan filem
Difahamkan kru produksi sekitar 90 orang dari India itu akan melakukan penggambaran selama sebulan di Perak.
"Walau apa jadi sekalipun, raya nanti saya akan jumpa abang" - Syafiq Yusof
Pengarah dan adik kepada pelakon Syamsul Yusof, Syafiq Yusof merancang untuk menziarahi rumah abangnya seperti sediakala sempena kedatangan Syawal minggu hadapan.